Sebelum aksi kedua di antara Lyon dan Juventus, bekas pemain Man United, Memphis Depay telah berjanji akan menyingkirkan juara Itali daripada kempen Liga Juara Juara Eropah.

Memphis Depay berikrar mengatakan Lyon akan mengambil pendekatan tanpa rasa takut ketika mereka berusaha untuk menyingkirkan Juventus dari Liga Juara-Juara pada hari Jumaat.

Lyon bertandang ke Turin dengan kelebihan 1-0 dari perlawanan pertama yang diadakan pada Februari lalu.

Depay bercakap kepada UEFA.com: “[Perlawanan pertama lalu] adalah perlawanan pertama yang saya tonton [setelah mengalami kecederaan lutut yang serius], dan saya melihat semangat berpasukan yang membuat saya sangat gembira.

“Juve tidak bermain dengan baik. Tetapi sekarang, beberapa bulan kemudian, keadaannya sama sekali berbeza.”

“Mereka sekarang telah bermain lebih banyak perlawanan daripada yang kita miliki, begitu banyak aspek sekarang sama sekali berbeza dengan yang kebiasaan selepas rehat panjang liga.”

“Tetapi itu juga yang membolehkan saya dapat bermain di Liga Juara-Juara. Saya sudah bersedia.”

Depay menambah: “Dengan peraturan baru [permainan sekali sahaja bermula daripada suku akhir dan seterusnya], siapa pun boleh menjadi pasukan pilihan. Kerana anda tahu hanya ada permainan sekali itu sahaja.”

“Dan Juventus mempunyai beberapa pemain yang sangat berpengalaman ketika bermain final. Kami sebaliknya, memiliki ramai pemain muda yang tidak memiliki banyak pengalaman dengan tekanan bermain di final dan Liga Juara-Juara.”

“Saya tahu bahawa kita mempunyai pasukan yang sangat bersemangat dan kita pasti tidak takut.”

Dalam perlawanan kedua semalam, Lyon menyingkirkan Juventus walaupun mereka tewas 2-1.

Jaringan tunggal Depay untuk Lyon telah menjadi jaringan keramat yang membantu Lyon mara ke suku akhir. Ini kerana Lyon mara dengan peraturan gol tempat lawan.

Dua gol oleh Cristiano Ronaldo masih tak cukup untuk membantu Juventus dalam aksi di Turin. Dan menjadikan satu musim lagi tanpa kejuaraan UCL buat Juventus.

Lyon di hadapan menerusi sepakan penalti oleh Memphis Depay pada minit ke-12. VAR mengesahkan penalti tersebut.

Depay dengan tenang melakukan panenka.

Pada separuh masa kedua giliran Juventus pula diberikan penalti dan ianya disempurnakan oleh Ronaldo pada minit ke-43.

Juventus menambah satu lagi gol menerusi Ronaldo sekali lagi pada minit ke-60. Ianya rembatan roket dari luar kotak penalti dengan kaki kirinya.

Namun Juve gagal untuk menambah gol lagi selepas itu. Lyon lolos ke suku akhir.

Baca juga perkembangan lain:

Dua Kesilapan Varane Musnahkan Harapan Bangkit Madrid

AS Roma Dapat Pemilik Baharu Dengan Penjualan RM2.93 Billion, Berakhirnya Era Pallotta

Highlight UEL: Man United 2 LASK 1 – Lingard Cetak Gol Cantik